Friday, May 6, 2011

Semusim Untuk Abah- Mango Lasi


" Hallooo Yussoff, can you come to work today please..? Jay is sick and cant'come" terdengar jelas suara Rushdi di hujung talian.

Semenjak kerja dia dibawah Rushdi, Usop banyak belajar tentang realiti kehidupan. Tidak semua apa yang kita lihat itu seperti apa yang kita sangka atau harapkan.

Boleh dikatakan hampir setiap malam Rushdi menelefon. Ada sahaja pekerja yang sakit, culas dan curi tulang. Namun jarang sekali Usop dapat melihat kelibat bosnya yang jarang-jarang ada di waktu-waktu sibuk.

Lagi seminggu genap 2 bulan Usop bekerja di restoran makanan India . Minggu pertama bekerja, layanan yang diterima oleh Usop agak baik. Namun semua itu mungkin kerana Rushdi berada di restoran dan kerap ke dapur untuk memastikan Usop selesa dan dapat menyesuaikan diri dengan kerja-kerja membasuh pinggan dan mengemas restoran.

Kerja mula dirasakan semakin berat apabila masuk ke penghujung bulan pertama. Rushdi jarang-jarang ada di restoran, menjadikan skop kerja Usop menjadi tidak tetap. Kalau awal-awal dulu cuma membasuh pinggan, namun sekarang Pooja mengambil kesempatan menyuruh Usop mengelap pinggan dan cawan yang sememangnya tugas seorang waiter, bukan dishwasher. Chef pula sering marah-marah dan mencarut dalam bahasa Hindi atas kesalahan-kesalahan kecil yang tidak disengajakan Usop. Pernah sekali Usop disimbah air cedokan periuk yang panas kerana Chef tidak berpuas hati dengan Usop.



Kasta kecil kelas pekerja memang sangat jelas di mata Usop. Memang nasib seperti ini tidak dapat dielakkan oleh mereka yang miskin dan tidak berpelajaran. Keadaan mungkin lebih buruk di Malaysia dan negara membangun yang lain. Memikirkan itu, Usop berasa sangat bersyukur.

Usop meneruskan kerja dengan penuh semangat dan tidak mahu memikirkan sangat hal-hal remeh. Yang paling penting, hujung minggu gaji masuk, dan duit boleh digunakan untuk menampung apa-apa perbelanjaan yang patut. Kalau ada lebih boleh disimpan. Itupun kalau ada. Baru minggu lepas Aina ada SMS beritahu yang dia dapat masuk ke MRSM untuk pengambilan kedua tingkatan 1. Berita gembira untuk Usop dan keluarga. Juga bermakna Usop perlu bekerja lebih keras mencari duit lebih. Bukan sikit-sikit nak pakai untuk masuk asrama, seekor lembu tumbang juga. Kalau dulu abah boleh jual satu-satunya lembu yang ada untuk menghantarnya ke SBP, tak kan lah Usop tak boleh berkorban sedikit untuk Aina.

*****************************************

Minggu-minggu akhir bulan kedua sahaja sudah banyak kali Usop "On Call" mencari duit lebih. Harap-harap dapat la gaji bulan ni menampung kos masuk asrama Aina. Kos nak menghantar duit pula satu hal lagi. Bukannya murah service charge dia, dan sangat rugi kalau dihantar setakat dua tiga ratus dollar.

"Are you alright Usop.. Do you want some Lasi ?"

Terhenti lamunan Usop. Kelihatan Pooja datang ke belakang dapur membawa segelas Mango Lasi. Mango Lasi di restoran ini adalah yang terbaik namun harganya agak mahal. 5 dollar secawan.

"Thanks Pooja... "

Usop meneguk perlahan-lahan menikmati kesedapan Mango Lasi. Terasa kemanisan minuman itu mula merasap perlahan-lahan ke lidah dan tekaknya. Tangan dan kaki yang lenguh berdiri dan membasuh pinggan tanpa henti mula terasa semakin bertenaga.


Setiap minggu ada dua atau tiga kali Usop perlu membilas periuk besar. Satu periuk sahaja memakan masa 20 minit untuk dicuci bersih hilang kerak dan daki-daki memasak. Malam ni Usop cuma mengambil masa kurang 15 minit. Mungkin kerana mendapat lebih tenaga dari Mango Lasi.

"What do you want Usop... Butter Chicken..? " terdengar suara Chef dari dalam dapur. Chef sedang mengemas stove dan membilas senduk-senduk hikmatnya.

" Erm.. can I have Balti Chicken please... thanks Babu"

"Sure.. I'll give you chicken Naan too"

Chicken Naan? Usop berasa agak janggal. Chicken Naan merupakan roti nan yang paling mahal. Isi dia ialah ayam tandoori yang dipotong-potong kecil dan halus.

Layanan mesra semua orang sangat janggal bagi Usop. Bukan setakat Janggal tapi sangat menjengkelkan.Bukan Usop tidak suka tetapi biarlah ikhlas. Tak perlu bermuka-muka. Realiti hidup manusia secara amnya cepat berubah. Sifat "plastik" atau "double standard ini menonjol selepas Pooja dan Babu dapat tahu Usop belajar perubatan.

"Wow.. You are a medical student... "

"Babu bai... Usop hay Dokterrr bani wali hay" dengan penuh excited Pooja memberi tahu chef.

Masih jelas terngiang-ngiang lagi suara Pooja dengan matanya yang bersinar-sinar tempoh hari. Semenjak itu setiap 30 minit Pooja akan bertanya samaada Usop okay atau tidak dan akan membawa minuman tak kira Jus atau lasi. Chef pula akan memasak sedap-sedap dan sentiasa bermanis muka terhadap Usop. Memang best tapi Plastik!

1 comment: