Thursday, January 27, 2011

Semusim Untuk Abah

Yussoff bin Mamat. Kalau masuk ke ceruk mana-mana kampong di Hulu Terengganu dan anda ingin mencari seseorang bernama Yussoff bin Mamat. Jangan bermimpi untuk ketemu. Panggilan Yussoff atau panggilan Mamat adalah terlalu sterotaip sehinggakan dalam Kampung Tajin sahaja sudah ada lima orang Mamat. Itu belum dikira Mamat dari Kampung Gaung, Kampung Pauh dan Kampung Imam Lapar. Panggilan kampong untuk Yussoff pula adalah nama lain yang mungkin Kassim, Bedul atau Mat Usop. Boleh naik sawan dibuatnya kalau turun ke sana mencari Yussoff bin Mamat.

Tapi kalau di Dunedin, New Zealand, sebut sahaja Yussoff Mamat semua orang pasti kenal. Yussoff memang terkenal sebagai seorang pelajar cemerlang tidak kira dikalangan Malaysian mahupun Kiwi. Anak kampung yang Lebong habis, semua benda nak discorenya. Health Science First year? Habis dibalunnya A plus semua subjek dengan penuh padu dan jitu. Bertali arus surat dari HOD mempelawanya menyambung Degree dalam subjek mereka. Biochemistry, Statistics,Biology, Chemistry, English, dan Fizik.

Namun semua itu kenangan lama. Yussoff atau lebih mesra dikenali dengan gelaran Usop Ikang sudah genap berada di sini selama 5 tahun. Dalam tempoh tersebut, habis sudah tidak muat dinding-dinding bilik Usop untuk ditampalnya semua surat-surat dan sijil-sijil penghargaan di atas pencapaian cemerlangnya dalam semua bidang yang digondol habis. Baru minggu lepas sahaja si Usop bergaduh dengan teman serumahnya Imran Khotimun angkara Usop tidak sengaja tertampal sijil-sijil 4th year nya di dinding bilik Imran menutupi poster-poster Justin Bieber kegilaan si Imran.

Sukan?Siapa cakap Usop Ikang Natang Lebong? 3 tahun berturut-turut dialah yang menjadi Didier Drogba untuk team Otago dalam Bersatu Games. Bukan sebagai top scorer tetapi disebabkan kulit ‘hitam manis’nya dan dia sendiri kadang-kadang ‘pengkaq’ apabila 1 on 1 dengan keeper. Harapkan bola cross tinggi cecah kepala dari Hatimi Otago MVP dahulu sahaja yang boleh bikin gol. Semenjak Hatimi tamat belajar, terkontang kanting Usop sebagai top striker sudah macam Khalid Jamlus si kuda tua yang sekarang entah senyap tiada cerita.

Namun semua itu cerita Djaman dahulu kala sewaktu Usop Ikang tengah ‘kentang’, ibarat kentang-kentang bagak New World yang nampak fresh dan sedap dimakan begitu sahaja tanpa perlu dimasak. Tanggungjawab Usop tahun ini lebih berat tertumpu pada peperiksaan akhir kursus perubatan yang diambilnya. Memang ‘main gila’ sehinggakan masa untuk kawan-kawan dan adik-adik junior pun Usop tidak dapat penuhi.

.......Bersambung......

3 comments:

  1. fuh. kentang gile mamat nih. bercabang blom cerita lagi.

    ReplyDelete
  2. woi2..
    ni watak fiksyen la.. xde kene mengena dgn sesape..

    :)

    ReplyDelete
  3. hatimi tu bukan watak sebenar ke? dn juga imran :P

    ReplyDelete