Wednesday, January 19, 2011

Adi dan Guli

Adi sangat-sangat meluat melihat 'peel' budak-budak zaman sekarang . Bukannya apa, apabila dibagi guli mesti mereka tak tahu nak buat apa. Gasing, layang-layang, dan macam-macam permainan tradisional lain memang jangan harap diorang ambil port!Bunyinya agak kuno tapi ini adalah kenyataan.

Tapi kalau bab-bab permainan video, PSP, XBOX dan sebagainya memang tidak mahu kalah. Mungkin kerana teknologi-teknologi dan ibu bapa yang semakin berkemampuan maka permainan- permainan ' kuno' yang diminati Adib itu sudah luput dan lekang dari hati mereka.

Kalau zaman-zaman era 80-an dan awal 90-an, seingat-ingat Adi, kanak-kanak sepertinya keluar rumah bebas bermain, membuas dan kemudian sampai waktu pulang tetapi zaman sekarang kanak-kanak sibuk tuisyen sana -sini dan kemudian menghabiskan sisa masa dengan astro, xbox, psp, ps3, dan facebok. Mungkin juga kerana faktor keselamatan yang tidak terjamin sekarang menjadikannya begitu. Dulu mana ada abang kucing!

Pernah sekali, semasa adik bongsu Adi yang sekarang ini darjah 6, satu keluarga Adi bising sebab dia tidak menjaga makan sehingga melampau-lampau gemukknya. Namun realiti hari ini, dalam kalangan kawan-kawannya, dia yang paling kurus!

Adi merasakan bahawa kanak-kanak sekarang lebih sepeti diternak. Diternak disini, pada perkiraan Adi ialah dalam makna dikurung, dikawal, dengan rutin yang membosankan, dan kemudian deberi makan segala macam lemak McDonald, KFC, dan lain-lain.

Tidak macam Adi dan kawan-kawannya dahulu. Sekitar tahun 1994 semasa Adi darjah 3, memang semua orang di Kampung Terung Tersusun gilakan guli. Pergi ke mana-mana saja semua orang bawa guli. Paling kurang 5 biji dalam kocek waktu sebelum sekolah bermula dan di akhir waktu guli mungkin tinggal kosong atau mungkin tidak cukup poket untuk diisi!

Guli bulatan dan guli tuju merupakan dua permainan taktik dan penuh strategi pada masa itu dan untuk kedua-dua permainan Adi alah 'King'. Guli bulatan ialah apabila pemain-pemain memangkah guli dalam bulatan, jika ibu ( guli yang digunakan untuk menuju) dan anak dalam bulatan keluar, maka guli-guli yang dipungut keluar akan jadi hak milik kekal.

Guli tuju pula lebih kepada '1 on 1 battle' di mana masing-masing mengguna sebiji guli dan terus menuju dan berusaha memangkah guli lawan. Tiada sempadan atau kawasan khas permainan dan permainan terus berjalan sehingga salah seorang jadi mangsa dan hilang guli taruhan.

Guli ajaib, iaitu guli besar sebesar saiz telur puyuh memang sangat 'rare' pada masa itu hanya cuma boleh didapati dari Siam atau luar daerah. Tidak ada 'spesific' rule yang mengatakan guli ajaib ini tidak boleh digunakan dalam dua permainan di atas. Masing- masing termasuk Adi tidak terlepas dari semangat berkobar-berkobar untuk memburu guli ajaib.

Bekas kaca milo 1 liter Adi sudah penuh dengan guli-guli biasa namun belum ada lagi guli ajaib yang bagak itu.

Dalam kenangan Adi, dia sempat memiliki tiga biji guli ajaib pemberian seorang rakannya Budin yang baru pindah ke Sekolah Kebangsaan Kampung Terung Tersusun. Walaupun ' peel' hamba Allah ini sangat pelik, sangat suka tidur, tidak berminat dengan pengajaran cikgu, malas membuat kerja sekolah dan kemudian tidak hiraukan cikgu di depan, Budin dengan murah hati telah menghadiahkan Adi 3 biji gula ajaib tersebut.

Suatu hari, betul-betul sebelum sembahyang jumaat Adi dan Sarip, pesaing guli tterhandalnya bersabung nyawa mempertaruhkan guli ajaib masing-masing sehingga perlawan guli tuju mereka melarat ke dalam hutan kecil bersemak samun di hadapan sekolah . Permainan terhenti apabila gula ajaib Adi hilang dalam rimbunan lalang tinggi kerana dia terkejut dengan bunyi azan solat jumaat.

Pada masa yang sama, Adi dan Sarip terkebil-kebil melihat burung hantu yang sangat besar sedang bertenggek dan merenung tajam ke arah mereka. Adi dan Sarip tanpa membuang masa membuka langkah seribu dan mencapai basikal di hujung pagar sekolah.

Sambil Sarip mengayuh sambil Adi membonceng, Adi meraba kocek nya dan mendapati baki 2 biji guli ajaib miliknya telah hilang. Solat Jumaatnya pada hari itu tidak tenteram dan Adi nekad kembali ke hutan kecil mencari guli-guli ajaibnya

"Mana mungkin hilang macam tu sahaja, sedangkan ini barang rare"

Usaha mencari semula mereka hanyalah sia-sia. Tiada apa yang dijumpa. Hendak diminta lagi dari Budin mungkin Budin sendiri sudah habis semua guli ajaib miliknya.

Hendak minta Budin belikan dari kampungnya sudah tidak sempat kerana minggu depan sudah Aidilfitri dan Budin dan keluarga sudah bertolak ke kampung mereka. Kalau zaman itu ada facebook, sudah pasti hal ini tidak menjadi masalah dan Adi pasti tidak termimpi-mimpi Budin pulang bercuti dan menghadiahkannya beberapa biji lagi guli ajaib yang lebih cantik dan berwarna-warni. Hampir setiap hari sepanjang cuti Aidlifitri Adi bermimpi perkara yang sama.

Hari Isnin bermulanya sekolah yang ditunggu-tunggu tiba namun Budin tidak hadir. Adi sedih kerana tidak melihat kelibat Budin . Dia terlalu sedih bukan kerana Budin tidak muncul dengan guli besar warna warni seperti dalam mimpinya tetapi sedih teringatkan yang mungkin Budin memang betul-betul sudah berhenti sekolah.

Seminggu sebelum Aidilfitri, ayah dan ibu Budin dipanggil ke sekolah oleh Cikgu Jasmi guru kelas 3B. Ayah dan ibu budin sendiri terkejut dengan laporan Cikgu Jasmi kerana Budin bukan begitu di sekolah lama. Dia budak rajin , pandai dan disayangi oleh guru-gurunya. Mungkin Budin belum dapat menyesuaikan diri dan masih teringat sekolah lamanya.

Malam Isnin, Adi masih tidak dapat mengalihkan fikirannya dari mengingati kawannya Budin. Seman juga perasan perubahan Adi petang tadi. Mana mungkin "King" menolak pelawaan 'battle'.

Adi mencapai surat kabar dari atas televisyen dan membuka helaian surat kabar perlahan satu persatu tanpa sedikitpun membacanya.

Pandangan Adi terpaku pada satu tajuk berita kecil di muka 7

"Kanak- kanak tahun 3 mati lemas" dan tercatat kemas nama "Budin bin Busu pada perenggan kedua.

Kehilangan guli ajaib pemberian Budin, kemunculan Budin dalam mimpinya saban hari sepanjang minggu pertama Aidilfitri rupa-rupanya adalah tanda Budin akan pergi selama- lamanya. Budin berperangai ganjil di sekolah baru seolah-olah dia tahu dia akan pergi. Perginya Budin meninggalkan Adi dengan kengan manis 3 biji guli 'rare' pemberiannya sebagai tanda persahabatan.

Semenjak hari tu, Adi pasti teringatkan Budin sahabatnya setiap kali dia ternampak guli di kedai. Sekarang guli besar bagak bukan lagi 'rare', guli leper juga telah wujud untuk akuarium. Namun apakah nilai sebiji guli kepada kanak-kanak pada hari ini?


2 comments:

  1. skang aku jalan bawak 2 guli je r. tuh pon sbb xleh nk tercicir dah

    ReplyDelete
  2. guli kau bagak, leper atau bulat?
    =asmoham=

    ReplyDelete